++ makin oke. alhamdulillah ++

ASSALAMUALAIKUM.

mungkin dah lama tak update. almaklumlah, busy, banyak keje. tambah-tambah dah nak final.

actually, banyak sangat yang nak kena hafal. nak kene faham. *almaklumlah, subjek sem nie semua dalam bahasa arab, kecuali KHAT. 

entry nie just nak cakap, achik dan rakan-rakan cuba untuk membaiki hubungan kami. almaklumlah, sem dah nak habis. lepas ni, masa untuk bersama dah tak ada. sobsobsobs. :(

so,alhamdulillah, sekarang. hubungan kami bertambah baik, mungkin, masing-masing sudah merasakan sesuatu, masa bagi kami makin singkat.so, maka rugilah, jika masa-masa ini tidak di isi bersama-sama.

oke, just nak cakap benda nie. achik sebenarnya sayang sangat kat korang. ikhlas.

++ daripada DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali ++

JUMAAT. pagi semalam,achik  ada test MUET. *speaking*. so, achik terpaksa skip kelas lah pagi semalam. dengan semangat yang berkobar-kobar + cuak kebebeyh, achik bangun pagi, sekitar dalam pkul 8 pagi, kalau tak silap, Fray jenguk ke bawah, nampak Fika, Aina, Yang dan Intan. dowang semua naik kereta. tetiba, fray cakap, dorang tak pergi kelas k? kami, ape lagi. terus meluru melihat ke bawah. kemusykilan datang menjenguk minda. 'tataw la fray, maybe dorang keluar kowt'. so, kami malas nak pikir kemana dorang semua pergi sebab bagi kami MUET lagi penting. 

so, tengah kami sedang siap2 dalam pkul 9 lebih, tetiba ada orang text kami. 'AL-FATIHAH buat arwah ibu Ummu Nur Farhanah yang telah meninggal dunia semalam' . WHAT? INNALILLAHHI WANIINILAIHIROJIUN. serius! berita yang amat mengejutkan, di saat-saat kami ingin melangkah ke dewan exam MUET. 

ape lagi, terus kami call classmate lelaki kelas kami. call pye call, rupanya mereka mengetahui lebih awal dari kami. dan mereka sekarang sudah dalam perjalan menuju ke rumah Ummu yang terletak di Negeri Sembilan.
ouh. ouh. kami dengan spontannya, merancang, akan turut sama menziarahi Ummu dan keluarganya, selepas exam Muet nanti. 

dalam perjalanan menuju ke dewan exam, semua senyap. tidak terkata. terharu. turut bersimpati dengan dugaan dan ujian yang di berikan kepada sahabat kami. sungguh. kami turut merasakan kehilangan itu, 

maka, selesai sahaja exam muet *fikiran tak berapa fokus semasa speaking tadi* huhu. kami bergegas menuju ke hostel. dan berbincang mengenai rancangan kami. dengan sebulat suara, kami, warga PI 5, bersetuju, untuk menyewa kereta dan sama-sama menziarahi ummu di sana. 

3 buah kereta disewa *semua perempuan, kerana lelaki telah pergi terlebih dahulu dengan motosikal dan sebuah kereta*
selepas zohor, kami bertolak ke sana. dan tiba di sana kira-kira asar . *agak jaoh* kami berkumpul *termasuk classmates lelaki, menuju ke rumah nenek ummu. perjalan agak mencabar. kerana rumah neneknya agak ke dalam. jalan yang sempit. berliku. namun, kami teruskan , demi seorang sahabat * menitik air mata*

namun. setibanya kami di rumah nenek ummu, ummu tiada di sana. kata saudaranya, dia telah pulang ke rumah nya. tetapi, kebetulan, ustaz ummu turut berada di sana. dengan lafaz BISMILLAH, kami membaca YASIN beramai-ramai untuk di sedekahkan kepada arwah. 
setelah selesai, dengan sukacitanya, ustaz tadi menunjukkan jalan ke rumah ummu, Alhamdulliah. urusan di permudahkan. 

kami tiba di rumah Ummu, kira-kira pukul 7. suram, suasana rumahnya. ternyata, Ummu terkejut dengan kehadiran kami, sekelas. inilah sahabat sejati namanya. susah dan senang tetap bersama. tanpa berkira.

ternyata, masih nampak lagi kesan air mata di wajah keluarga Ummu, kami dengan sedaya upaya, menahan air mata, agar tidak jatuh di hadapan keluarganya, namun, ternyata, emosi masing-masing tidak dapat dikawal. serang demi seorang menitiskan air mata apabila ummu menyatakan "AKU NAK MAK, MAK, MAK ''. YA ALLAH yang MAHA AGONG. kepada Mu kami memohon, tabahkan lah hati-hati mereka dan hati-hati kami. jadikan agar kami meredhai pemergian ibu sahabat kami.sesungguhnya, Engkau yang Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui. 

Azan Maghrib berkumandang. menandakan kami terpaksa menyingkatkan waktu ziarah kami, kerana keluarga Ummu akan ke rumah neneknya, untuk majlis tahlil, manakala, kami terpaksa bertolak pulang ke KUIS.

ternyata, air mata kami sekali lagi gugur, tidak dapat di bendung apabila bersalaman dengan ahli keluarganya.
tidak dapat digambarkan. jika suasana ini berlaku ke atas diri achik sendiri.,adakah achik akan setabah mereka?

*buat Ummu, tabahkan lah hati mu, sahabat. redha kan lah pemergian ibumu. doakan lah agar roh ibumu bersama orang-orang yang beriman.takziah dari kami sekali lagi. warga PI5. kami akan sentiasa berada di sampingmu, . AL-FATIHAH.

++ dah la serabut. makin serabut di buatnya!!! ++

em, tadi, time pas offline, ack tido. sementara tunggu dowg semua balik bilik.. ( xtaw doeg p mana )

tadi dowg ada tanya, betol ka ack tak mau join trip 2? ack cakap muktamad dah, ack memang tak dapat join.
tetiba lak, mak ngah cal, tanya free tak esok, ack tanya kenapa? dea kata nk ajak pegi bagan lalang, sebab ngah buat makan-makan cket. sempena along dapat masuk u. tapi buat kat bagan lalang. hari ahad...

emm,, nampaknya,, ack masih ada lagi satu alasan untuk tidak join ke PD.
actually,ack bukan tak nak join pegi PD. ack taw, nie trip kita yang tak mungkin akan berulang lagi. tapi,ack memang tak dapat pergi..

nak taw kenapa? sebab ack dah tak nak lagi tipu mak ayah ack, sebab hari isnin nie ada exam muet (speaking).  
lagi, ack rasa family agak penting  juga sekarang. memang rasa diluah mati emak , ditelan mati bapak, tapi ack kena pilih antara satu.. yang mana satu. bagan lalang or PD????

ack rasa ack pilih pegi bagan lalang...

*sori ea semua, ack tak dapat join. semoga perjalanan kowg semua selamat.

*mayb dis time, family is da most important....